Polis Tahan Lelaki 48 Tahun Punyai 21 Rekod Jenayah

IPOH – Seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai 21 rekod lampau antara individu yang terlibat dalam kes pecah rumah sekitar Menglembu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek bersama tiga lagi rakannya berusia dalam lingkungan 28 hingga 33 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di Buntong minggu lalu.

Menurutnya, dalam serbuan di rumah suspek, polis turut menemui barangan hasil jenayah itu antaranya kereta jenis Proton Wira, televisyen 32 inci, telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba, mesin rumput, parang panjang, cadar, selimut dan langsir.

“Penangkapan kumpulan ini juga berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah sebelum ini. Suspek mengaku melakukan tujuh jenayah berkenaan bagaimanapun pihak polis berjaya merampas barangan dari tiga kes,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.