Perut Ular Besar Ini Dibelah Dan Isinya Dimakan Penduduk Kampung

Penduduk di sebuah kampung di Nigeria heboh dengan kehadiran seekor ular besar.

Media melaporkan ular itu dibunuh dengan kerana suka memakan haiwan ternakan milik penduduk di situ.

Gara-gara perutnya yang membesar ketika ditemui, penduduk curiga bahawa ular itu telah memakan seekor lembu kepunyaan penduduk di situ.

Ia memaksa mereka membunuh ular itu dan kemudian membelah perutnya untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah ditelan ular itu. Ternyata dugaan penduduk salah.

 

Setelah dibelah, baru diketahui bahawa ular itu sedang membiak. Buktinya, banyak telur yang ditemui perut ular tersebut yang membuatkan ular tersebut nampak lebih besar.

Menerusi media metro.co.uk, penduduk setempat mengambil telur-telur ular itu untuk dijadikan makanan kerana ia dianggap lazat dan berkhasiat.

(Foto: metro.co.uk)

Setelah dimuat naik  ke internet, ramai yang simpati dengan ular itu. Mereka menganggap penduduk di situ telah membunuh ular itu dan anaknya.

Meskipun tidak diketahui jenisnya, tapi beberapa spesies ular memang mampu menghasilkan lebih 100 telur dalam satu waktu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.