Pekerja Cari Gali Minyak Dimakan Beruang

Seekor beruang yang sedang kelaparan telah menyerang dan membunuh seorang pekerja cari gali minyak di Siberia. Badan mangsa, yang tidak dinamakan itu pula telah dimakan separuh oleh beruang terbabit.

Kejadian berlaku di kawasan antara Novy Urengoy dengan kampung Pangody di Yamalo-Nenets.

Beruang itu memakan separuh badan mangsa dan kemudiannya meletakkan ranting pokok di atas ‘makanannya’ itu sebelum beredar.

Melihat kepada keadaan itu, ia jelas menunjukkan binatang itu bercadang untuk kembali semula selepas ini.

Menurut laporan, kes itu berlaku ketika binatang buas itu sedang mencari makanan untuk dijadikan sebagai stok makanan sebelum musim sejuk, petik Newshub.

Malah laporan turut dikeluarkan kepada penduduk berhampiran supaya menjauhi binatang buas itu dan pada masa sama tidak membuang makanan dalam tong sampah, bagi menarik perhatian beruang terbabit.

Baru-baru ini, seekor beruang besar telah ditembak di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Nyagan, iaitu tempat di mana bintang tenis Rusia, Maria Sharapova dilahirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.