Lufya Omar Hamil 8 Bulan, Jatuh Di Pentas Da’i

Pelakon lufya memuatnaik satu gambar dan kapsyen di Instagramnya, dia terjatuh selepas tamat program Dai yang dipancarkan secara live.

Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar 32, berkata kejadian itu berlaku oleh kerana dia tidak perasan bahawa dia sudah berada di hujung pentas.

“Selepas tamat program Da’i saya mengalami musibah terjatuh dari stage lebih kurang satu meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program berkenaan.

“Saya diajak bergambar bersama usahawan yang merupakan pemilik jenama Siti Khadijah tetapi belum sempat bergambar saya terjatuh.

“Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah di hujung pentas dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupa-rupanya ia ialah lantai menyebabkan saya tidak perasan,” ujarnya, petik MH.

Bekas pelajar Akademi Fantasia keenam ini dimasukan ke Pusat Perubatan Tropicana sejurus selepas kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, Lufya idak menyalahkan sesiapa dalam hal ini dan berkata malang tidak berbau.

“Setakat ini saya masih bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya agar ia selamat.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada production team yang membantu saya dalam keadaan tersebut.

Setakat ini saya masih dibawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya selamat. Aamin,” jelasnya.

Ruangan komen di instagram Lufya juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu bimbang mengenai kesihatannya dan kandungan.

Lufya kini dibenarkan doktor untuk berehat dan pulang ke rumah. Namun, dia dan kandungannya masih dalam pemerhatian pihak doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.