Lelaki Ini Dirikan Khemah Demi Keluaran Iphone Terbaru

Produk terbaru dari Apple sentiasa dinanti-nantikan oleh penggemar Apple di seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan setiap kali Apple mengeluarkan smartphone pintar yang baru, beribu-ribu orang telah bersedia untuk beratur bagi mendapatkan produk tersebut.

Kali ini, fenomena yang sama terjadi di Australia. Pelanggan di Negeri Kangaru tersebut sudah beratur di depan cawangan Apple walaupun syarikat belum mengumumkan pelancaran produk terbarunya.

Jurnalis bernama Luke Hopewell telah melihat barisan pertama yang beratur di cawangan iphone tersebut dan kemudian dia telah memuat naik gambar tersebut di Twitter.

“Dua hari sebelum pengumumannya, seorang lelaki sudah membuat kemah di luar Apple Store Sydney untuk #iPhone8,” kata Luke Hopewell. Tindakan mendirikan kemah ini mungkin merupakan cara terbaik untuk mendapatkan iPhone terbaru. Terutama bila ada laporan yang menyatakan bahawa keluaran Apple yang baru ini tidak terlalu banyak.

Banyak yang meramal, ciri-ciri iphone termasuk skrinnya yang lebih terang yang boleh memuatkan seluruh bahagian muka depan, ciri imbasan wajah dibandingkan imbasan cap jari. alat pengecas tanpa wayar, dan kamera baru.

Berdasarkan informasi yang bocor sejak hujung minggu lalu, produk ini akan dinamakan iPhone X.Tetapi nampaknya fanatik Apple terpaksa menunggu lama.

Apple biasanya mula menerima preorder seminggu atau dua sebelum pelancaran. Apple telah bekerja dengan baik dalam menangani barisan orang yang ingin membeli produk mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Yakni dengan menyuruh pelanggan mereka untuk mendaftar preorder secara online untuk pengambilan barang di hari yang sama atau pengantaran barang ke rumah. Strategi ini berjaya dijalankan di beberapa cawangan Apple.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.