Gara-Gara Kekurangan Wang Bagi Membayar Tambang Teksi, 2 Remaja Dibawa Ke Balai Polis

NEWCASTLE – BRITAIN. Hanya kerana kekurangan wang untuk membayar tambang teksi sebanyak 6.8 pound (RM38.54) dua remaja berusia 18 tahun dibawa ke balai polis, lapor Metro.co.uk.

Sophie Heath dan Yeva Wilcox menaiki sebuah teksi untuk pulang ke rumah mereka pada jam 3 pagi sebelum menyedari mereka kekurangan wang.

Pada mulanya, mereka cuba memujuk pemandu teksi itu untuk melupakan baki tambang tersebut, namun gagal.

Pemandu teksi tersebut kemudiannya menyuruh Heath mengejutkan ibu bapanya untuk membayar tambang berkenaan namun diejek oleh kedua-dua gadis terbabit.

Berang dengan ejekan mereka, pemandu teksi itu kemudiannya bertindak mengunci pintu dan membawa mereka ke balai polis berdekatan.

“Pihak polis tidak mengambil peduli pun dakwaannya itu membuatkan dia menghalau kami daripada teksinya dan terus berlalu pergi.

“Kami berdua terpaksa berjalan kaki selama 20 minit untuk tiba ke rumah,” kata Heath pada wartawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.