Afiq Muiz Minta Netizen Tidak Ungkit Isu Anak Derhaka

Walaupun sudah enam tahun berlalu, namun Afiq Muiz mengkui dia masih lagi dikaitkan dengan cerita mengenai kontroversi anak derhaka yang pernah melanda dirinya.

Bintang filem I’m Not A Terrorist ini meluahkan, dia berasa amat kecil hati apabila cerita tentang ibu kandungnya dijaja orang ramai sedangkan mereka kini anak eranak sudah berbaik dan hidup bahagia.

“Sejujurnya, saya amat berkecil hati terutama apabila cerita tentang ibu kandung sendiri dijaja orang ramai. Kami sudah tiada masalah. Biasalah hal-hal kecil berlaku dalam hubungan ibu dan anak.

“Isu tersebut sudah lama berlalu. Saya harapkan apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat orang ramai, namun ramai pula yang terus bercakap tentang hal tersebut.

“Apa yang berlaku, biarlah berlalu. Sekarang saya sedar bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Usah diulang-ulang kisah yang lama. Saya penat untuk menjawab.

Lebih membuatkan dia berasa kesal kerana masih ada pihak yang melabelkannya sebagai anak derhaka.

“Memang saya amat terasa apabila orang senang-senang melabelkan saya sebagai anak derhaka.

Sebenarnya, apa yang berlaku antara saya dan ibu hanyalah hal kecil, namun menjadi besar apabila digembar-gemburkan.

Seperkara lagi, saya menyampah melihat komen-komen netizen di sosial media berkaitan hal itu. Saya dan ibu sudah berbaik. Cerita tersebut sudah basi, jadi usah diungkit,” katanya, lapor Kosmo.

Mengenai perkembangan seni, selain menantikan tayangan filem I’m Not A Terrorist mulai 5 Oktober depan, Afiq akan muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul La Luna yang menjalani penggambaran di Bosnia (Sarajevo) dan Batam (Indonesia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.