15 Remaja ‘Samseng’ Ditangkap Penduduk

JAKARTA- Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) dari 3 SMP di Depok, Jakarta ditangkap penduduk.

Tindakan itu diambil kerana pelajar sangat merbahaya dan mengganggu penduduk setempat, lapor media tempatan, Tribun.

Turut dirampas sejumlah senjata tajam.

“Oleh kerana penduduk kesal dengan para pelajar SMP yang memulakan pergaduhan dan membahayakan, akhirnya penduduk setempat bersepakat secara beramai-ramai untuk menangkap mereka.

“Mereka kemudian dibawa ke balai untuk menerima hukuman dan bertanggungjawab atas tindakan mereka,” kata Soleh seorang penduduk yang berjaya menangkap 15 remaja tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.