Tun M, Anwar Keluar Kenyataan Bersama Tolak Akta MKN

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN).

 

Kenyataan yang ditandatangani secara bersama kedua-dua pemimpin itu berkata akta tersebut mengancam sistem demokrasi dalam negara.

 

“Akta ini telah mengenepikan secara langsung kuasa secara langsung kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini,” kata kenyataan tersebut.

 
Terdahulu, Tun Mahathir membuat kejutan tampil ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar berhubung petisyen mencabar akta tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.