Sibuk Bekerja, Alasan Cat Farish Ceraikan Isteri

KUALA LUMPUR — Terlalu fokus dengan kerja menjadi punca kehancuran rumah tangga Cat Farish yang dibina sembilan tahun lalu.

 

Cat, nama popular Farrish Zaquan Ramli bagaimanapun berkata perkahwinannya bersama Hartiny Ramli itu mula pudar sejak lima tahun lalu.

 

“Semuanya berpunca daripada kesilapan saya yang terlalu sibuk dengan kerja. Mungkin hati sudah mula tawar menyebabkan perkahwinan kami tidak boleh diselamatkan lagi.

 

“Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami.

 

“Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

 

Anggota kumpulan Fabulous Cat itu bercerai pada April lalu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5.

 

Cat, 42, berkata selepas bercerai dengan Hartiny, 33, masanya kini banyak dihabiskan bersama anak-anak.

 

“Saya akui lebih suka melayan anak-anak dengan membawa mereka menonton kartun kegemaran mereka dan beriadah.

 

“Biarlah waktu dan keadaan yang menentukan segala-galanya. Apa yang saya boleh katakan sekarang ini, waktu lebih banyak terisi dengan anak-anak,” dia dilaporkan berkata.

 

Cat merupakan bekas anggota kumpulan Ruffedge dikenali menerusi lakonan dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak (2010), Jin Notti (2009) dan Tipah Tertipu The Movie (2006). – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.