NGO Islam Minta Dr MAZA Perlu Lebih Beradab

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara(AMIN) dan Ngo-Ngo Islam Malaysia mendesak agar Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin meenghormati pandangan dari Mufti-mufti negeri lain di Malaysia.

 

Menurut Setiausaha Agong Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied, mengesa agar Mufti perlis menghormati pandangan Mufti lain sepertimana mereka menghormati Sultan Perlis kerana kuasa agama bukan di tangan Mufti tetapi di tangan Sultan.

 

“Agama Islam di tanah melayu ini, kuasanya di tangan Sultan bukan di tangan mufti perlis.

 

“Perlis di bawah Raja Perlis dan Mufti Perlis bertanggungjawab kepada Sultan, kami tidak akan menyentuh perlis kerana kami menghormati Sultan Perlis,

 

“Kami minta mufti Perlis hormat pada mufti-mufti negeri lain yang merupakan wakil dan pegawai kepada istana  seperti kita hormati hak raja Perlis, Mufti Negeri Sembilan yang mewakili Yang di pertuan Negeri Sembilan, Mufti Kedah yang mewakili Sultan Kedah, Mufti Perak Mewakili Sultan perak,” ” katanya ketika sidang media disini tadi.

 

Tambah beliau lagi, ia merupakan hak mufti tersebut untuk menggunakan pandangannya di negerinya, namun beliau tidak bersetuju menggunakan pandangan mufti Perlis di luar negeri Perlis kerana ia seperti tidak menghormati pandangan mufti-mufti negeri lain.

 

“Janganlah pendapat kita nak di pakai di luar Perlis, kamu nak sebar pendapat kamu di Perlis itu hak kamu, sebab raja kamu membenarkannya, Itu kami tidak mahu kacau, itu hak Sultan.

 

“Kami orang Melayu, kami hormat pada Sultan, Kita juga minta dia hormat pegangan Sultan-sultan lain, mufti-mufti lain, beradablah sedikit,” ujarnya.

 

Dalam sidang media itu juga, beliau turut mendesak agar menyemak serta membetulkan semula penyelewengan yang tersasar dari fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dan menghentikan penyebaran ajaran fahaman Wahabi.

 

 

Beliau juga turut mendesak agensi-agensi agama supaya menghormati desakan yang mereka lakukan ini kerana ia berdasarkan bukti yang kukuh.

 

“Kita mendesak supaya agensi-agensi agama yang masih berada dalam kekeliruan untuk menghormati desakan ini dari akar umbi.

 

“Desakan ini berasaskan ilmu, berdasarkan fakta sejarah, berdasarkan nas-nas Al-quran dan hadis, ia bukan cakap kosong, katanya.-SuaraTV

 

 

 

One thought on “NGO Islam Minta Dr MAZA Perlu Lebih Beradab

  • June 27, 2017 at 1:06 pm
    Permalink

    Puak2 tarekat waya putus…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.