Jeff Ooi Didik Rakyat Jadi kurang Ajar Kata Azwan Bro

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendidik rakyat negara ini menjadi biadab dan kurang ajar kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

 

Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro berkata, ia memberi realiti semua pimpinan tertinggi DAP mempunyai sikap sama seperti Jeff.

 

“Jeff kini contoh pemimpin DAP yang mengajar rakyat untuk menjadi kurang ajar. ‘Adios’ adalah perkataan diguna dalam konteks yang berbeza dan bukan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada manusia yang meninggal dunia.

 

“Ia membuktikan kedangkalan yang ketara dan tiada sensitiviti terhadap perasaan orang lain. Kerana kedegilan Jeff yang tidak mahu memohon maaf, saya mengajak rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik untuk mengecam dan mengutuk pemimpin DAP ini,” katanya memetik laporan Awani.

 

Terdahulu, Khairul mengulas reaksi Jeff berhubung pemergian Haron melalui Twitter yang berbunyi ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.

 

Bagaimanapun, semakan di Twitter milik Jeff mendapati komen tersebut telah dipadamkan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.