FIA Jalankan Siasatan Pelumba Hampir Langgar Petugas GP Singapura

SINGAPURA – Badan induk Formula Satu (F1) akan menyiasat insiden perlumbaan berlangsung ketika marsyal perlumbaan masih berada di litar ketika tempoh kereta keselamatan keluar di Grand Prix Singapura, semalam.

 

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata laporan akan dikeluarkan bagi memastikan situasi seperti itu tidak berulang.

 

Autosport.com melaporkan, seorang jurucakap berkata prosedur tidak “dilaksanakan dengan baik” oleh pegawai perlumbaan dan pasukan.

 

Marsyal berkenaan sedang membantu membuang sisa kemalangan selepas kereta keselamatan dikeluarkan pada penghujung pusingan pertama apabila pemandu Force India, Nico Hulkenberg melanggar dinding hentian pit pada permulaan.

 

Jentera dibenarkan berlumba semula pada permulaan pusingan ketiga selepas pengawal perlumbaan mengesahkan sebanyak tiga kali bahawa litar sudah bebas halangan, namun marsyal masih ada di situ.

 

Gambar menunjukkan marsyal itu berlari ke tepi litar ketika gerombolan pemandu diketuai pemenang dari Mercedes, Nico Rosberg, sedang memecut ke arahnya.

 

“Ia sangat berbahaya,” kata ketua permotoran Mercedes, Toto Wolff kepada wartawan.

 

“Saya sangat gembira ia berakhir dengan tiada siapa yang cedera.” – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.