Fenomena Air Pasang Besar Dijangka Berlarutan Hingga Rabu Ini

KUALA LUMPUR  – Fenomena air pasang luar biasa yang melanda beberapa kawasan berhampiran pantai di Selangor dijangka akan berlarutan sehingga 21 September ini.

 
Pengarah Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kapten (B) Ir. Anuar Yahya berkata, fenomena tersebut berlaku kerana adanya hujan yang menyebabkan paras air meningkat.

 

“Paras normal air pasang kebiasaannya sekitar tiga hingga empat meter. Namun, disebabkan pasang air di kawasan terlibat mencecah paras maksimum, 5.5 meter.

 

“Fenomena yang berlaku setahun dua kali ini dijangka akan berterusan sehingga Rabu ini, bergantung kepada perubahan iklim,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.