Kemaluan ‘hilang’

HANGZHOU – CHINA – Seorang lelaki kehilangan alat kemaluannya apabila wanita yang merupakan

kekasihnya bertindak memotong kemaluan lelaki itu apabila enggan meninggalkan isterinya.

 

Mangsa, seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Liu, berusia 50 tahun sebelum ini pernah

berjanji untuk meninggalkan isterinya dan akan memulakan hidup baru bersama wanita itu.

 

Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menunggu dan mendapati lelaki itu tidak mengotakan janjinya,

suspek yang dikenali sebagai Zhang bertindak memotong kemaluan teman lelakinya.

 

Dia melakukan perbuatan kejam di sebuah bilik hotel di wilayah tersebut.

 

Menurut sumber, yang juga kakitangan hotel berkenaan, lelaki tersebut menjerit dan berlari keluar

dari bilik dengan kesan darah. Kemudian, seorang wanita keluar dari bilik hotel berkenaan tidak lama

selepas itu.

 

Memetik Metro.uk, saksi kejadian itu memberitahu beliau masuk ke dalam bilik dan menemui gunting

bersama alat sulit lelaki itu yang terpotong.

 

Kemudian, ahli perniagaan itu dilaporkan belari keluar dari bilik dalam keadaan separuh bogel untuk

mendapatkan rawatan.

 

Sementara itu, menurut polis wilayah itu, wanita berkenaan gagal dikesan dan kini sedang dalam buruan.

 

Dalam perkembangan lain, polis tidak menyatakan kemaluan itu dapat disambung atau tidak – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.