Pengguna Peranti Apple Merungut Dengan iOS8

Kuala Lumpur – Peminat Apple gembira dengan sistem operasi yang baru iOS8 yang baru dilancarkan semalam untuk telefon pintar Apple dan juga tablet.

Ia menawarkan ciri-ciri yang baru seperti notifikasi interaktif, widget, carian lebih baik di Spotlight dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, satu hari selepas pelancaran itu, pengguna iPhone banyak menghadapi beberapa halangan dan menyuarakan kekecewaan mereka pada platform media sosial.

Walaupun iOS8 baru boleh dimuatturun bagi setiap iPad generasi pertama, ia tidak serasi dengan iPhone sebelum 4s.

Selain daripada itu, pengguna memerlukan ruang storan hampir 5 GB pada alat peranti mereka, ruang storan yang belum tentu pengguna miliki jika mereka menggunakan sepenuhnya peranti mereka.

Media sosial dibanjiri dengan aduan daripada pelanggan bahawa mereka kini perlu memadam aplikasi, gambar-gambar, dan muzik untuk membuat ruang untuk memuat turun iOS8.

Pengguna Apple juga telah mendapati bahawa ramai daripada mereka mendapati gambar-gambar mereka dipadam sebaik sahaja memuat turun iOS8, tetapi jangan panik!

Dalam satu forum Apple Support Communities, ia mencadangkan jika anda tidak dapat mencari gambar-gambar dalam “Photostream” OFF dan ON semula Photostream itu, gambar anda akan mula muncul di bawah “Recently added” folder.

Peminat Apple yang ingin memuat turun iOS8 baru pada iPhone yang dilancarkan selepas 4s dan back up peranti anda di iCloud dan komputer anda sebelum mengemas kini dengan iOS8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.