Haron Din Arah Perwakilan Henti Isu Beza Pendapat Antara Hadi dan Mat Sabu

Batu Pahat – Timbalan Mursyidul AM PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini menegaskan supaya perwakilan yang membahas di dalam Muktamar PAS kali ini berhenti memainkan isu berlainan pendapat dalam kepimpinan tertinggi PAS.

Haron Din menegur selepas kebanyakan perwakilan PAS membangkitkan isu kelainan pendapat antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

“Saya arahkan sila tutup isu ini. Isu ini telah sampai dan dimaklumkan kepada kepimpinan tertinggi PAS.

“Isu ini telah sampai di pihak atas dan akan digulung dalam pergulungan pimpinan tertinggi PAS,” katanya yang menegur semua perwakilan pada sesi petang hari kedua Muktamar PAS ke-60 bersidang.

Tambahnya, beliau menasihatkan supaya perwakilan PAS menjaga adab dengan mendengar arahan daripada ketua di Muktamar ini.

“Jika ketua cakap berhenti, kena henti dan jangan langgar arahan ketua.

“Jangan sampai yang wajib kita tinggal kerana nanti dapat dosa,” tegurnya lagi yang melihat perwakilan PAS banyak melebihi masa untuk membahas dari masa sebenar yang diberikan.

Katanya suka atau tidak perwakilan PAS perlu patuh dengan arahan ketua.

Haron Din juga menasihatkan supaya jangan terlalu panjang dalam ucapan mukadimah.

“Ini kerana dilihat diawal perucapan terlalu panjang mukadimahnya sehingga masa yang diberikan tidak cukup,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.