Facebooker Biadap Pertikai ‘Negaraku’ Di Panggung Perlu Diambil Tindakan Segera

Kuala Lumpur – Tindakan seorang wanita yang dikenali sebagai Tenashar Low yang memuat naik status mempertikai keperluan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan di panggung wayang, menimbulkan kemarahan pengguna sosial Facebook.

Status yang dimuatnaik itu kini menjadi viral apabila ramai yang berkongsi status berkenaan dengan mengecam kenyataan itu. Rata-rata pengguna menyelar kenyataannya yang disifatkan sebagai biadap dan tidak menghormati negara.

Seorang pengguna, Nor Islahiah Muhammed memohon pihak polis mengambil tindakan tegas ke atas wanita itu yang katanya menghina negara. “Tidak puas hati dengan kerajaan Malaysia tetapi hina negara Malaysia. Kalau tidak suka negara sendiri sila berambus,” katanya.

“Saya tidak faham, nasib baik ada negara. Ramai orang luar nak datang Malaysia sampai sanggup mati lemas di laut. Tapi orang dalam negara sendiri meremehkan benda ni,” kata Khairie Othman. Seorang lagi pengguna, Aldzuvier Bin Benjamin berkata tidak seharusnya wanita itu mengeluarkan kenyataan sedemikian walaupun tidak suka dengan kerajaan Malaysia.

“Berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan tidak bermakna anda suka kerajaan tetapi negara, Malaysia adalah sebuah negara yang baik dan cantik.
“Orang yang berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan tidak bermakna mereka suka kerajaan tidak juga bodoh. Mereka mereka hanya menunjukkan rasa hormat kepada negara yang kita cintai,” ujarnya.

Sebelum ini Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chong Chieng Jen memuat naik kenyataan yang mengecam nyanyian lagu Negaraku di dalam pawagam.
Malah, orang ramai beranggapan tindakan ahli parlimen Kuching itu dilihat sebagai satu perbuatan biadap dan menghina negara sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.