Lim Guan Eng Dakwa UMNO dan PAS Mahu Ambil Hak Orang Bukan Melayu

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa MCA dan MIC kini sedang bekerjasama erat dengan UMNO serta Pas yang mahu mengambil hak orang bukan Melayu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut berkata, pihak pembangkang kini sering mempermainkan isu ekstrem tentang perkauman dan agama namun akan mengubah nada apabila berhadapan dengan golong bukan Melayu dan bukan Islam.

“MCA atau MIC yang cuba menakutkan-takutkan tentang ekstremis kaum dan agama yang membahayakan golongan bukan Melayu dan bukan Islam, sedang bekerjasama secara erat dengan UMNO dan PAS yang mahu mengambil hak-hak orang bukan Melayu dan bukan Islam.

“Apakah PAS, UMNO, MCA, dan MIC percaya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan latar belakang, begitu mudah diperdaya sehingga akan termakan kebencian etnik dan agama yang sedemikian, untuk mengalihkan tumpuan daripada korupsi pembangkang, mahupun ketidakcekapan pengurusan ekonomi mereka sehingga mereka tidak mampu membayar gaji penjawat-penjawat awam?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan untuk menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa DAP merupakan ‘kingmaker’ dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.