Umat Islam Mulakan Ibadah Haji Hari Ini

MEKAH – Lebih dari dua juta umat Islam dari seluruh dunia hari ini memulakan ibadah haji, salah satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah melancarkan inisiatif ‘haji pintar’, aplikasi untuk membantu jemaah haji dari rancangan perjalanan sehingga ke penjagaan perubatan.

Kementerian Dalam Negeri berkata jumlah jemaah yang tiba di Mekah telah melepasi dua juta, kebanyakannya dari luar negara termasuk dari Mesir, India, Pakistan dan Bangladesh.

Kebanyakan jemaah haji mulai bergerak pada hari ini dari Mekah ke Lembah Mina. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.