Majlis Gilang Gemilang Sempena Pembukaan Temasya Sukan Asia 2018

JAKARTA – Sukan Asia Jakarta-Palembang bermula secara rasmi malam tadi dalam majlis gilang gemilang di Stadium Gelora Bung Karno.

Edisi temasya ke-18 yang disertai atlet dari 44 negara Asia dan bertemakan ‘Energy Of Asia’ itu berlangsung di dua venue utama – Jakarta dan Pelembang – akan berakhir 2 September ini.

Ia menyajikan 465 acara daripada keseluruhan 40 jenis sukan.

Bagi majlis pembukaan dan perarakan, kontinjen negara mengenakan blaus putih dan seluar hitam bagi atlet wanita manakala baju kemeja putih dan seluar hitam bagi lelaki.

Kali ini pakaian khas dipakai kontinjen negara direka bermotifkan corak batik mengikut warna Harimau Malaya iaitu oren dan hitam.

Mengetuai perarakan ialah pembawa bendera Syakila Salni Jefry Krishnan diikuti 114 atlet dan pegawai.

Barisan atlet membabitkan mereka dari sukan bola baling, hoki, taekwondo, pelayaran, gimnastik artistik dan ekuestrian.

Bagi temasya kali ini, kontinjen negara mensasarkan tujuh emas. Malaysia meraih lima emas di Incheon, Korea Selatan, Malaysia empat tahun lalu. – BH

One thought on “Majlis Gilang Gemilang Sempena Pembukaan Temasya Sukan Asia 2018

  • August 27, 2018 at 7:10 pm
    Permalink

    semua pingat bagi wak indon takyah tanding…juri pun bodoh mcm kayu…balik lagi bgs….kasihan wak indon harap sgt menang semua acara….bodoh indon juri bodoh bangang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.