Hafiz Kata Jangan Percaya Andaian

“SAYA berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang dilaporkan di media sosial,” kata penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun, 33, mengenai dakwaan mengatakan perkahwinannya dengan usahawan kosmetik popular, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa bergolak.

Hafiz ketika dihubungi berkata, sebenarnya tiada sebarang isu yang didakwa membabitkan rumah tangganya itu.

 

“Semuanya baik-baik saja. Saya hanya ingin berfikiran positif dan bertindak positif supaya tiada isu lain yang akan timbul.

“Saya dan Joy tidak pernah membuat sebarang kenyataan membabitkan rumah tangga kami dan ia hanya andaian dan spekulasi orang luar,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan perkahwinan Hafiz kembali hangat diperkatakan apabila dia dan Joy didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

Hafiz dan Joy yang sebelum ini dilihat ‘bergaduh’ dengan saling berbalas komen di Instagram turut menguatkan lagi dakwaan itu.

Menguatkan desas-desus itu apabila tiada lagi gambar mereka bersama di laman Instagram masing-masing.

Hafiz juga dilihat tidak pernah hadir bersama Joy dalam sebarang majlis membabitkan mereka.

Pasangan ini bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ini adalah perkahwinan kedua Joy. Hasil perkahwinan terdahulu Joy dan pasangannya dikurniakan seorang anak lelaki.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.