Charlize Theron Mahu Afrika Selatan Bebas AIDS

JOHANNESBURG: Pelakon Hollywood terkenal, Charlize Theron, meluahkan harapan melahirkan generasi bebas AIDS di negara kelahirannya, Afrika Selatan.

Pemenang Oscar itu adalah Pengasas Projek Luar Kawasan Afrikan Charlize Theron, yang menyokong program komuniti berkaitan HIV.

Programnya yang memberi tumpuan pada usaha memerangi HIV di Afrika Selatan turut disertai beberapa pertubuhan utama.

“Kita perlu bertindak tegas dan berkata, cukuplah, mari kita tamatkan semua ini,” katanya ketika lawatan ke negara itu.

Menyokong Kafe Choma Dreams, tempat yang memperkasakan belia perempuan menerusi pendidikan dan kemahiran, Charlize Theron percaya jangkitan HIV boleh dihentikan.

“Kita tidak boleh menamatkan AIDS hanya dengan menyediakan rawatan. Ini tidak akan berlaku.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga orang dijangkiti dan beranggapan anda akan menghentikan penularan AIDS.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan kepada generasi muda, memperkasakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya HIV/AIDS sebelum mereka menjadi positif HIV,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.