Wan Raja Dan Isteri Hampir Diculik Lanun

Pelakon Wan Raja mendedahkan pernah melalui detik cemas apabila dia dan isteri, Yaya Maembong disyaki menjadi sasaran penculikan lanun ketika sedang berbulan madu di Pulau Mabul, Samporna, Sabah pada Februari lalu.

 

Memetik laporan mStar online, pelakon berusia 38 tahun itu berkata, perkara tersebut terjadi selepas ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar mereka yang dikenali sebagai pelakon sehingga perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.

 

“Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun.

 

“Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis. Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami,” katanya.

 

Disebabkan perkara tersebut dia mengambil keputusan untuk pulang lebih awal bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

 

Bagaimanapun, dia berterima kasih kepada pihak berkuasa tempatan yang mengawal ketat di pulau tersebut dan menjaga keselamatan pelancong.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!