Video: TPM Akan Pastikan ‘Orang Tua’ Itu Jumpa PM

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan pemimpin di sebalik dakwaan gerakan menggulingkan kerajaan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

“Saya tidak tahu bila pertemuan baru akan diadakan tapi saya akan pastikan pertemuan itu berlaku,” kata Zahid.

 

 

Penggerak itu, dinyatakan oleh Zahid sebagai “orang tua” daripada Umno sepatutnya bertemu Najib di kediaman peribadi beliau pada Ahad tetapi tidak muncul.

 

Bercakap dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri hari ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata pemimpin itu membatalkan pertemuan pertama itu.

 

“Ada banyak wartawan tunggu dia,” Zahid berseloroh.

 

Pada Sabtu, Zahid mendakwa seorang MP Umno terlibat dalam komplot “menggulingkan” kerajaan persekutuan, dengan berusaha mendapatkan akuan berkanun dari MP BN dan pembangkang bagi membuktikan mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat.

 

Zahid bagaimanapun enggan menamakan orang itu sekaligus mencetuskan spekulasi mengenai identiti orang itu dan sama ada dia wujud sama sekali.

 

Namun pada Ahad, Zahid mendakwa orang itu telah menyesal dan dijadual bertemu Najib pada malam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.