Video: Budak 4 Tahun ‘Kalahkan’ Pemain Ragbi Profesional

AKSI seorang budak lelaki berusia empat tahun yang berjaya ‘mengalahkan’ pemain ragbi pasukan Queensland dan New South Wales (NSW) pada perlawanan liga amal di Australia baru-baru ini mencuit hati khalayak.

 

Detik mengejutkan itu berlaku apabila kanak-kanak terbabit yang dipercayai berkeliaran secara tiba-tiba muncul dan masuk ke padang ketika kedua pasukan rancak berlawan.

 

 

Menyedari kehadiran kanak-kanak tersebut, pemain NSW bertindak cemerlang dengan ‘menyerahkan’ bola kepada kanak-kanak terbabit untuk dihantar terus ke garisan percubaan.

 

Memetik laporan portal berita 3news.co.nz, menerusi video berdurasi 55 saat itu, kedua pasukan kelihatan turut mengacah kanak-kanak terbabit dengan cuba merampas bola darinya.

 

Saat dramatik di tengah padang itu berakhir apabila pemain dari pasukan Queensland, Robbie O’Davis mengangkat kanak-kanak tersebut dan meletaknya di garisan untuk ‘try’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.