Tangan Putus Gara-Gara Juruterbang Mabuk

Kosice (Slovaki ) – Seorang mekanik pesawat putus tangan dan cedera parah di muka selepas seorang juruterbang mabuk menghidupkan enjin pesawat.

 

Menurut laporan Dailymail, Jan Fiala, 52, sedang membaiki enjin sebuah pesawat ringan apabila ia dihidupkan ketika kejadian.

 

Fiala kemudian dihantar ke sebuah hospital di Bratislava dan kini berada dalam keadaan stabil.

 

Jurucakap hospital memberitahu bahawa kecederaan Fiala ‘sangat dahsyat’ di bahagian tangan dan parah di bahagian muka.

 

Menurut polis, juruterbang tersebut yang juga merupakan seorang veteran mempunyai bacaan 1.38 permile alkohol ketika kejadian.

 

Polis kini mengumpul bukti untuk mendakwa juruterbang tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.