Solat Sunat Lepas Akad Nikah, Pengantin Dikecam Penguna FB

Kuala Lumpur – Dua keping gambar sepasang pengantin Melayu yang mendirikan solat sunat selepas selesai majlis akad nikah tidak menepati syarak dimuat naik di laman sosial.

 

Melalui gambar tersebut pengantin perempuan itu dilihat mendirikan solat di sebelah kanan dengan mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.

 

Tindakan itu kemudianya mengundang kritikan dan kecaman dari pengguna Facebook yang mempersoalkan tindakan pasangan berkenaan.

 

Menurut pemilik akaun facebook yang memuat naikkan gambar tersebut berkata dia memperoleh gambar ini yang dikongsi daripada seorang rakannya.

 

Beliau memuat naik statusnya dengan mengatakan jangan merosakkan amalan sunat dengan kejahilan.

 

“Solat sunat nikah adalah digalakkan, cumanya pastikan pakaian yang dipakai adalah sesuai untuk dibawa solat. Dalam kes ni jelas pakaian pengantin wanita itu tidak menepati syarak, let alone nak bawak solat, dan kedudukan makmum wanita juga tidak betul.

 

“Kepada semua pengantin to be, berhati-hati ya,” ujarnya.

 

Sejak Fais memuat naik gambar pasangan pengantin ini sebanyak 3,359 orang menyukainya dan 1,117 perkongsian dan 847 komen diterima.

 

Ismail Ibrahim: “Ramai yang tengok..kenapa seorang pun tak tegur?” katanya.

 

Shida Yan pula berkata: “Sy baru dengar ceramah di TV…isteri sebenarnya bukan kanan atau kiri tapi di belakang suami.”

 

Rizam Zam pula berkata:” Ada orang tahu.. Tapi segan nak tegur pengantin.”

 

Disambung pula Mohd Fazali katanya: “Yang tak tegur pun turut berdosa.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.