SKMM ‘Lembik’ Sekat Fitnah – Ramesh Rao

Cyberjaya – Pengerusi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mengkritik Suruhanjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang didakwanya ‘lembik’ menyekat penyebaran fitnah di media sosial.

 

Dia bimbang jika rakyat menuduh SKMM ‘makan gaji buta’ kerana tidak mampu mengambil tindakan terhadap fitnah yang didakwanya boleh memudaratkan negara dan minda rakyat.

 

Ramesh berkata, SKMM patut mencontohi Singapura yang bertindak dalam tempoh 24 jam untuk menyekat fitnah di media sosial.

 

“Kalau kita tengok dalam Facebook hari-hari putar belit, fitnah edit gambar dan sebagainya. Saya ingat SKMM perlu bertindak. Buat laporan pun tindakan lambat. Saya minta SKMM bekerjalah.

 

“Di Singapura, bila ada satu fitnah keluar dalam Facebook dalam tempoh 24 jam mereka boleh bertindak, kenapa SKMM tak boleh? Adakah ini bermakna SKMM ini ambil secara mudah, atau lembik, atau dia tidak buat kerja atau makan gaji buta. Ini saya tak tahu,” katanya.

 

Dia sebelum itu menyerahkan memorandum kepada Ketua Jabatan Perlindungan dan Biro Aduan Pengguna SKMM, Ratnawaty Talib berhubung laporan Malaysiakini mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.