Pulau Pinang Sesak Teruk, Guan Eng Salahkan JKR

 

Kuala Lumpur – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan United Engineering Malaysia (UEM) atas kesesakan luar biasa di Kawasan Perdagangan Bebas Bayan Lepas-Batu Maung, Isnin lalu.

 

Menurut Guan Eng, disebabkan penutupan jalan tersebut, menyebabkan kenderaan tersangkut selama tiga jam sekali gus menyusahkan ramai pihak.

 

Beliau yang turut mengarahkan jalan tersebut dibuka keesokannya menerusi status yang dimuat naik menerusi laman sosial ‘twitter’nya itu, turut menegaskan perkara tersebut merupakan satu krisis yang gagal ditangani oleh JKR/UEM.

 

Kemudiannya, Guan Eng turut mengadakan sidang akhbar bersama JKR dan UEM sekali gus menyalahkan pihak terbabit atas permasalahan tersebut.

 

Sebelum ini, jalan tersebut ditutup untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan “flyover” melintasi Sungai Keluang bagi kemudahan Lebuh Raya Bayan Lepas Expressway (BLE).

 

Kesesakan dilaporkan pada hari isnin lalu yang merupakan hari kerja pertama sejak penutupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.