Pelakon Warga Australia Disangka Suspek Pengebom Di Bangkok

BANGKOK – Seorang pelakon Australia disangka suspek pengeboman di Bangkok kerana memiliki wajah seiras dengan suspek sebenar pengeboman itu.

 

Wajah suspek sebenar pengeboman yang membunuh sekurang-kurangnya 20 mangsa termasuk empat rakyat Malaysia berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan disiarkan di televisyen dan media sosial di negara itu.

 

Sunny Burns, hanya sedar tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh rakan-rakannya.

 

Rakaman itu menunjukkan menunjukkan seorang lelaki berjalan ke sebuah kuil Hindu yang sesak dan meletakkan sebuah beg, dipercayai bom di bawah bangku sebelum berlalu pergi dengan tergesa-gesa.

 

Burns, dari Byron Bay menyerah diri kepada polis selepas imej seakan-akan dirinya dalam rakaman CCTV mula tersebar.

 

Dia yang berusia 26 tahun memuatnaik status di Instagram- “Saya sedang memberi keterangan pada polis. Saya memaafkan semua orang yang menyebarkan khabar angin yang dahsyat tentang saya,”

 

“Saya suka negara ini dan mari kita berjuang bersama-sama. Mari kita mencari pengebom itu. Saya bukan pengganas tetapi seorang pelakon,” tulisnya.

 

Burns berkata, dia tidak akan memakai pakaian seperti suspek sebenar kerana dia juga adalah blogger fesyen.

 

Burns bersama sepasukan polis pulang ke rumahnya untuk mencari bom tetapi dia sedikitpun tidak mengamuk sebaliknya memuji pasukan polis Thailand yang hanya menjalankan tugas demi keselamatan rakyat.

 

“Polis di sini sangat hebat, mereka menjalankan tugas pada masa sama membenarkan saya untuk menggunakan telefon bimbit saya,” tulisnya di Facebook.

 

Menerusi Instagram pula, Burns memuatnaik rakaman CCTV lokasi dia berada ketika kejadian pengeboman itu berlaku.

 

“Ini adalah rakaman CCTV di mana saya berada semalam apabila saya pulang dari gym di Huai Kwang,” tulisnya.

 

Letupan bom di tengah-tengah bandaraya Bangkok yang menjadi pusat tumpuan pelancong pada petang Isnin telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan lebih 100 cedera.

 

Jurucakap polis, Prawut Thavorn berkata suspek meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi motosikal tiga minit sebelum berlakunya letupan.- ABC News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.