PAS Tentukan Nasib Ahli Terlibat GHB ,11 Sept Ini

Kota Bharu – Nasib anggota dan pemimpin PAS yang dipercayai terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 Sept ini.

 

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata semua Badan Perhubungan PAS negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara itu pada mesyuarat itu nanti.

 

“PAS Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada bukti untuk diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.

 

Mohd Amar berkata empat tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.