‘Lelaki Baik’ Maut Kemalangan

Maryland (Amerika Syarikat) – Lenny B. Robinson, lelaki yang digelar ‘Good Samaritan’ (lelaki yang baik) kerana sering menghiburkan kanak-kanak sakit di hospital maut dalam sebuah kemalangan, Ahad lalu.

 

Menurut laporan CNN, Robinson, 51 popular kerana mengenakan persalinan adiwira ‘Batman’ dan ditahan polis Montgomery County ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital pada 2012.

 

Dalam kejadian Ahad lepas, Lamborghini yang dipandu Robinson rosak di sebuah lebuhraya dan sebuah Toyota Camry melanggar beliau dari arah belakang.

 

Robinson diisytiharkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

 

Sementara itu, polis Montgomery County melahirkan rasa sedih ke atas kejadian yang menimpa Robinson.

 

“Pihak polis dan Robinson saling hormati-menghormati terhadap pekerjaan masing-masing,” kata sebuah kenyataan yang dikeluarkan balai polis berkenaan.

 

Selain ‘menyamar’ Batman, Robinson juga membelanjakan berpuluh-puluh ribu dolar setiap tahun untuk membeli buku mewarna, kaca mata dan pelbagai barangan lian untuk dijadikan hadiah untuk kanak-kanak di hospital.

 

Robinson bagaimanapun tidak mahu diri dan perbuatan beliau dipopularkan.

 

“Saya cuma mahu datang (ke hospital) dan menghiburkan kanak-kanak,” kata Robinson.

 

“Ganjaran membuat kanak-kanak tersenyum adalah berbeza,” katanya dalam sebuah temuramah pada 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.