Kisah Hidup Pejuang Negara Wajar Dibukukan – Najib

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjalanan hidup seorang pejuang dalam mempertahankan negara wajar dibukukan iaitu sebagai khazanah berharga kepada rakyat dan masyarakat.

 

Perdana Menteri berkata, justeru usaha Perwira Niaga Malaysia (Pernama) menghasilkan buku bergambar bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali, ‘Mission To Accomplished: The Military Journey, From Soldier To Leader’ harus dipuji kerana mengandungi bahan rujukan dan asas yang cukup bernilai.

 

“Penghasilan buku seumpama itu menjadi khazanah yang amat bermakna kerana apa yang dilalui oleh beliau (Mohamed Hashim) merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara yang penting untuk dirakamkan.

 

“Buku ini mampu menjadi bahan rujukan dan asas yang cukup bernilai untuk dipelajari dan dijadikan panduan pada masa akan datang,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran buku coffee table Mohamed Hashim, ‘Mission To Accomplished: The Military Journey, From Soldier To Leader’ di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.