Gambar Wanita Tipu Pemandu Teksi, Viral Di Media Sosial

GAMBAR seorang wanita kini menjadi viral di media sosial Singapura setelah didakwa tidak membayar tambang teksi.

 

Anak kepada pemandu teksi itu berkongsi pengalaman itu di Facebook.

 

John Lim berkata seorang penumpang yang menunggu di stesen MRT Yishun mahu ke pusat membeli-belah Junction 8 di kawasan Bishan.

 

Ketika sampai di destinasi, tambang yang dikenakan adalah $19.22 (RM56).

 

Namun wanita berkenaan berkata beliau tiada wang tunai dan akan membayar pemandu teksi melalui pemindahan bank.

 

John berkata wanita berkenaan hanya memberikan nombor telefonnya.

 

“Oleh kerana ayah saya tidak pernah hadapi kejadian seperti ini, beliau tidak minta nombor kad pengenalan. Setelah pergi, beliau turut sedar tidak memberikan nama bank juga.

 

“Ketika di rumah, beliau suruh saya hubungi nombor yang diberikan oleh wanita berkenaan. Apabila saya hubungi nombor itu, seorang lelaki yang angkat dan berkata beliau tidak menaiki teksi langsung,” kata John di Facebook.

 

Beliau turut meluahkan kekesalan kerana wanita itu sanggup mengambil kesempatan terhadap seorang pemandu teksi yang berusia 73 tahun.

 

“Walaupun jumlah itu kecil namun perangai sebegitu tidak boleh diterima,” luah John.

 

Kenyataan John di Facebook menerima 6,434 shares setakat ini, dengan jumlah likers hampir 1,700.

 

Netizen kebanyakannya menasihatkan agar bapa John membuat laporan polis dan memintanya agar lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan kata-kata penumpang.

 

John turut memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau telah melaporkan kes ini kepada pihak polis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.