Gambar ‘Awek Cun JPJ’ Tarik Perhatian Pengguna Facebook

“TOLONGLAH saman saya!” demikian berpuluh-puluh komen dalam perkongsian mengenai ‘awek Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cun’ ini dalam masa satu hari.

 

Siapakah awek JPJ cun ini sebenarnya?

 

Ramai pengguna Facebook turut mengatakan jatuh hati dengan wajah ‘awek JPJ’ ini.

 

Berdasarkan laman foto Instagram, ‘gadis JPJ cun’ tersebut adalah Mira Filzah yang merupakan seorang model dan pelakon.

 

Difahamkan, beliau kini terlibat dalam telemovie komedi bertajuk Din Sardin.

 

Menurut sebuah blog hiburan, Mira juga pernah mengacarakan program televisyen seperti Qari Junior dan Hijabista.

 

Beliau juga muncul dalam drama Dunia Lola dan yang terbaru, Eksperimen Cinta.

 

Selain aktif di Instagram, wanita tersebut juga akfif menulis blog dan Twitter, malah mempunyai kelab peminat, Miracle.FC di laman foto yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.