Friends of BN Kutuk Pengendali Akaun FB Palsu

Kuala Lumpur – Pengendali laman Facebook Friends od BN- Barisan Nasional mengutuk tindakan pihak tertentu menggunakan akaun palsunya.

 

Ia kemudian disalahguna dengan menyebar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan status yang memalukan.

 

Dalam gambar yang dimuat naik, ia menunjukkan Perdana Menteri menghadiri sebuah majlis keagamaan dan disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan.

 

Bagaimanapun, status yang digunakan dikatakan berniat untuk memalu dan memburukkan beliau.

 

“Ingin kami jelaskan di sini, post ini bukan disebarkan oleh kami Friends of BN – Barisan Nasional. Akaun facebook palsu ini telah menyebarkan gambar PM Najib Razak ini dengan ayat yang memalukan, malah berniat untuk memburukkan imej PM Najib.

 

“Kami mengutuk perbuatan pengecut ini, yang membuat akaun palsu dan menyebarkan fitnah dan imej yang buruk terhadap pemimpin dan kerajaan,” tulisnya di laman berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.