Exco PAS Dedah Kerajaan Pusat Bantu Tambah Bekalan Air Di Selangor

Ini mengejutkan… sebab selalunya PKR parti yang paling suka buat sidang akhbar, ada saja cerita nak bagitau pihak media, sampai ada wartawan melawak, “PKR ini kalau boleh hilang kasut di masjid pun nak panggil PC…”

 

Tapi cerita kerajaan Pusat bantu bekal air pada Selangor supaya negeri itu tidak alami masalah kekurangan bekalan air masa musim panas langsung tak ada cerita.

 

Sehinggalah Exco PAS Selangor Zaidy Abdul Talib mengaku dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pagi Rabu bahawa Selangor akan dapat tambahan 500 juta liter air sehari hasil persetujuan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

 

Kerajaan negeri Selangor mengakui mendapat bantuan daripada kerajaan persekutuan dalam memastikan negeri itu tidak mempunyai masalah kekurangan air terutamanya sewaktu cuaca panas.

 

Zaidy yang merupakan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Zaidy Abdul Talib berkata selain itu kerajaan persekutuan juga akan membantu Selangor mndapatkan bekalan air bersih daripada Negeri Sembilan yang mana menyalurkan 65 juta liter setiap hari.

 

“Seterusnya dengan persetujuan daripada KeTTHA juga kerajaan negeri akan mendapat bekalan air bersih daripada Negeri Sembilan daripada loji Rawatan Air Moi 2 sebanyak 65 juta liter air sehari,” katanya menjawab soalan lisan Adun DAP Balakong Eddie Ng yang menuntut penjelasan jaminan dan usaha kerajaan negeri demi memastikan rakyat tidak berhadapan dengan catuan ketika cuaca kering.

 

Beliau dalam masa sama kerajaan negeri tetap akan meneruskan kempen kesedaran agar penduduk dalam negeri itu dapat menjimatkan sekurangnya 25 peratus penggunaan seorang setiap hari.

 

Melalui usaha kerajaan negeri ini Zaidy yang juga Adun Templer itu memberi jaminan bahawa Selangor dijangkakan akan dapat menijmatkan sebanyak 880 juta liter sehari menjelang 2020 sehingga projek Langat II selesai.

 

Dalam masa sama beliau mendakwa kerjasama di antara dua pihak itu amat penting demi meastikan keperluan rakyat akan terus diutamakan.

 

“Itulah sebenarnya pandangan kerajaan sama ada negeri dan persekutun untuk rakyat, bahawa kita saling bekerjasama bahawa rakyat sentiasa diutamakan dalam segala hal,” ujar beliau.

 

Penduduk Lembah Kelang sebelum ini berdepan berbagai masalah air sejak ditadbir kerajaan Pakatan.

 

Isu yang melanda industri bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk pengguna yang berpunca dari tiga sebab utama.

 

Pertama disebabkan oleh kekurangan bekalan air mentah, kedua kekurangan kapasiti loji rawatan air dan ketiga kekurangan kapasiti sistem agihan untuk menyalurkan bekalan air ke premis pengguna.

 

Ianya berpunca daripada kedegilan bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melaksanakan perancangan kerajaan Pusat membina loji Langat 2 dan diteruskan dengan permainan politik Mb baru Mohamad Azmin Ali yang melenggahkan persetujuan kerajaan Selangor sele4pas beliau mengambil alih dari Khalid. – Agendadaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.