Elemen Pendidikan Akan Dikemaskini

KUCHING – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beberapa elemen dalam sistem pendidikan negara perlu diperkemaskinikan.

 

Beliau bersependapat dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar Sarawak diberikan penurunan lebih kuasa banyak dalam hal-hal pendidikan.

 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pendidikan di sini hari ini, Mahdzir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua menteri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

 

Sementara itu, Mahdzir berkata terdapat 390 sekolah menengah dan rendah di negeri ini yang masih menggunakan janakuasa elektrik (generator set) termasuk 114 berhampiran grid tenaga yang akan disalurkan bekalan elektrik. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.