Doktor Harus Perkenalkan E-Rokok Kepada Perokok, Kata Pakar UK

LONDON – Rokok elektronik atau e-rokok harus disyorkan kepada perokok untuk membantu mereka menghentikan tabiat itu, cadang pakar-pakar kesihatan awam Britain dalam satu kajian.

 

Kajian yang dilakukan oleh Public Health England (PHE) itu mendapati bahawa menyedut wasap (vaping) e-rokok adalah 95 peratus kurang berbahaya berbanding menghisap rokok biasa.

 

Menurut kajian penulis bersama Prof Ann McNeill dari King’s College London, peranti berkuasa bateri itu yang mensimulasikan perasaan merokok tetapi dengan nikotin disedut dalam bentuk asap, boleh menjadi ‘faktor pengubah dalam kesihatan awam’.

 

Merokok adalah punca utama kematian yang boleh dicegah di England dan ia menyebabkan lebih 80,000 kematian setahun, mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

 

Satu daripada lima orang dalam populasi Britain, didapati merokok.

 

Pengarah Kesihatan PHE Prof Kevin Fenton, berkata e-rokok bukannya benar-benar bebas daripada risiko, jika dibandingkan dengan merokok, tetapi ada bukti menunjukkan ia hanya membawa sebahagian kecil daripada kemudaratan menghisap rokok biasa.

 

Vaping adalah tabiat yang kurang dipilih berbanding merokok secara tradisional, dengan anggaran 2.6 juta penduduk di Britain menggunakan rokok elektronik.

 

Pada masa ini, tiada satupun daripada peranti yang dijual telah dilesenkan untuk tujuan perubatan di Britain. Ini brmakna golongan doktor tidak boleh mengesyorkannya kepada pesakit. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.