Cucu Nelson Mandela Didakwa Rogol Remaja Dalam Tandas

CUCU lelaki kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dilaporkan didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam tandas di sebuah restoran.

 

Mbuso Mandela didakwa membuat serangan seksual terhadap remaja berkenaan pada petang Jumaat lalu di sebuah restoran di Johannesburg.

 

Akhbar Afrika Selatan, Daily Sun melaporkan bahawa remaja perempuan tersebut dipercayai bersama rakan-rakannya di restoran itu sebelum pergi ke tandas.

 

Mandela didakwa menarik remaja itu dan melakukan serangan seksual di dalam tandas, kata jurucakap bagi keluarga remaja berkenaan kepada akhbar.

 

Cucu lelaki Nelson Mandela ditahan dan dihadap ke mahkamah di Johannesburg pada Isnin lalu.

 

Akhbar Afrika Selantan, Star melaporkan bahawa dia direman sehingga Jumaat ini. – Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.