Tentera Pengawal Kebangsaan Dikerah Ke Ferguson

Ferguson, Missouri  – Pasukan tentera Pengawal Kebangsaan dikerahkan ke St. Louis di sini hari ini, bagi meredakan ketegangan selepas kawasan berkenaan dibayangi dengan tindakan rusuhan dan tunjuk perasaan, selepas seorang anggota polis menembak mati seorang remaja kulit hitam pada 9 Ogos lalu.

Gabenor Missouri, Jay Nixon bertindak menempatkan pasukan tersebut selepas beliau mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan dan menggesa orang ramai supaya tidak berada di jalan raya menjelang waktu tengah malam.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang mengadakan pertemuan bersama Peguam Negara, Eric Holder hari ini bagi membincangkan tentang situasi di Ferguson berjanji akan melakukan penyiasatan berhubung kejadian tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.