Teguran Bukan Bersifat Peribadi, Tidak Bermaksud Untuk Najib Letak Jawatan – Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Teguran kepada Datuk Seri Najib Razak tidak melibatkan perkara peribadi dan bukan bertujuan untuk memaksa perdana menteri melepaskan jawatannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu, beliau tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Najib kerana tindakan itu menurut pandanganya tidak memberikan manfaat kepada negara.

“Tidak, saya tidak minta beliau letak jawatan, saya cuma tidak bersetuju dengan polisi beliau,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (EIEJS), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.

Menurut Dr Mahathir Najib adakalanya dilihat lebih gemar mendiamkan diri apabila tercetusnya sesuatu isu dan terlalu lembut kepada semua orang menyebabkan sesetengah pihak tidak menghormati Perlembagaan negara.

“Ini bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfaatkan negara…ketegangan kaum dan agama meningkat, orang tidak hormat kepada Perlembagaan lagi.

“Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap…ada masalah tapi tidak ambil tindakan,” katanya.

 

Baca : Orang Melayu Tidak Suka Tegur Pemimpin – Tun Mahathir

4 thoughts on “Teguran Bukan Bersifat Peribadi, Tidak Bermaksud Untuk Najib Letak Jawatan – Dr Mahathir

  • August 19, 2014 at 3:21 pm
    Permalink

    Teguran,demi kebaikan kesejahteraan..ekonomi kaum bangsa negara..semuanya untuk generasi akan datang..saya sebagai rakyat malaysia berbangga kerana ada pemimpin seperti tun dr.mahathir yang masih prihatin dan memberipandangan buah fikiran demi untuk masa hadapan malaysia yang tercinta.

    Reply
  • August 20, 2014 at 2:16 am
    Permalink

    saya setuju dengan teguran tun dr mahathir..

    Reply
  • August 20, 2014 at 5:32 pm
    Permalink

    Assallammualikum, salam sejahtera dan salam 1MALAYSIA,Sebagai seorang pemimpin harus membuat teguran yg positif/negatif demi untuk kepemimpin yg lain,demi kebaikan bangsa,agama dan ngera.Bukan tujuan peribadi.Saya bangga dengan sikap Tun,Kami rakyat Malaysia akan sentiasa memberi sokongan.

    Reply
  • August 21, 2014 at 10:18 am
    Permalink

    Kita memang kene buat n bangunkan negara kita sendiri tanpa perlu meniru cara negara lain (dengan taksub).

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.