Surendran Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Terbit Artikel

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan satu artikel bertajuk ‘ Press Release: Court of Appeal’s Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable’, empat bulan lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Malaysiakini.com, No. 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Brickfields, di sini kira-kira pukul 3.40 petang, 18 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.