N Surendran Didakwa Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Naib Presiden PKR N Surendran hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen.

Jika didapati bersalah, naib presiden PKR itu berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara maksimum atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

MP Padang Serai itu dituduh menghasut berhubung kenyataannya berkaitan dengan tuduhan Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amin, yang mewakili pendakwaan, meminta ikatjamin ditetapkan pada RM10,000.

Bagaimanapun, peguam M Puravalen dan Latheefa Koya memberitahu mahkamah bahawa Surendran adalah ahli Parlimen dan seorang peguam, jadi jumlahnya haruslah nominal.

Surendran adalah naib presiden kedua dari PKR yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ini ahli Parlimen Batu dan naib presiden PKR Tian Chua juga menghadapi tuduhan yang sama.

Hakim Zainol Rashid Hussain menetapkan ikatjamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 September ini untuk pengurusan kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.