MRT Runtuh: Urusan Bawa Mayat Keluar Hampir Selesai

Kuala Lumpur – Kerja-kerja pemotongan blok konkrit sepanjang 38 meter seberat 650 tan yang menghempap tiga pekerja binaan warga Bangladesh dalam kejadian runtuhan Transit Aliran Massa (MRT) di Kota Damansara di sini malam tadi selesai pada pukul 8.30 pagi ini.

Pengarah Strategi Komunikasi dan Perhubungan Awam MRT, Amir Mahmood Razak berkata, kerja-kerja tersebut telah dilakukan sejak pukul 3 pagi.

“Sebuah blok yang dicantumkan melalui lapan kabel telah dipotong kepada 14 bahagian sebelum semua runtuhan boleh dibawa keluar dan pencarian mayat boleh dilakukan.

“Kita jangka semua urusan selesai menjelang pukul 3 petang ini,” katanya.

Terdahulu mayat seorang daripada tiga pekerja binaan warga Bangladesh yang maut dalam runtuhan bahagian konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, di sini ditemui kira-kira pukul 2.34 pagi ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, mangsa ialah Mohammad Elahi Hossain, 27.

“Operasi mencari dua lagi mayat masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

 

Baca : KEMASKINI [11 Gambar] : Blok Konkrit MRT Runtuh, 3 Disahkan Maut

Runtuhan Konkrti MRT 12

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 11

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 13

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 14

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdahulu pasukan bomba berjaya mengeluarkan mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang maut pada jam 2.34 pagi.

 

Runtuhan Konkrti MRT 15

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 16

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 17

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Runtuhan Konkrti MRT 18

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.