MRT: PM Mahu Siatasan Penuh Dijalankan, Elak Kejadian Berulang

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu siasatan penuh dijalankan berhubung kejadian runtuhan konkrit landasan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara di sini Isnin malam.

“Terkejut dan sedih apabila mendengar mengenai kejadian di kawasan tapak kerja MRT. Satu siasatan penuh perlu dijalankan segera bagi memastikan ia tidak berulang lagi,” katanya dalam akaun Twitter.

Tiga pekerja binaan rakyat Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) pukul 8.30 malam tadi.

Seorang daripada mereka ditemui mati. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui terperangkap di bawah landasan konkrit itu pada pukul 2.30 pagi ini.

Usaha masih diteruskan bagi mencari dua lagi pekerja, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, kerja pembinaan MRT di Kota Damansara dihentikan sementara bagi membolehkan proses siasatan nahas runtuhan blok konkrit dijalankan.

Namun menurutnya agi projek pembinaan MRT bagi jajaran Sungai Buloh-Kajang secara keseluruhannya masih diteruskan.

“Kontraktor dan pihak berkenaan sedang bekerjasama dengan kami bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung punca kemalangan. Kami kesal kemalangan yang berlaku dan memandang serius perkara ini.

“Buat masa ini kerja-kerja pembinaan di tempat kejadian dihentikan sehingga diberitahu, namun secara keseluruhan kerja pembinaan landasan MRT masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

 

Baca : MRT Runtuh: Urusan Bawa Mayat Keluar Hampir Selesai

 

Baca : Blok Konkrit MRT Runtuh, 3 Disahkan Maut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.