‘Michael Jackson’ Ditembak Mati Selepas Baham Nelayan

Sydney – Buaya putih yang dinamakan ‘Michael Jackson’ ditembak mati hari ini selepas ia membaham seorang nelayan.

Pihak berkuasa dipanggil sebaik sahaja lelaki berusia 57 tahun hilang selepas dia memasuki ke dalam air di Sungai Adelaide yang mempunyai buaya bagi menanggalkan jorannya.

Polis berkata isteri mangsa berada bersamanya di tebing sungai itu tetapi tidak nampak saat di mana buaya berukuran 4.5 meter itu melakukan serangan.

“Isterinya tidak nampak serangan buaya itu tetapi terdengar jeritan dan kemudian baru terlihat ekor yang membadai di dalam air,” kata Superintendan Polis Wilayah Utara Jo Foley.

Polis kemudian menjumpai mayat lelaki itu daripada sungai berkenaan.

Tempat di mana mangsa berkenaan dibawa, kira-kira 60 kilometer dari Darwin, adalah berdekatan kawasan popular di mana pelancong datang untuk melihat buaya melompat daripada air untuk mengambil makanan yang tergantung pada tiang. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.