Khalid Ibrahim Letak Jawatan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat Abdul Khalid yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, Menteri Besar itu dikatakan kecewa dengan perkembangan politik terkini pakatan.

“Tan Sri sangat kecewa dengan pimpinan pakatan rakyat khususnya PAS yang dikatakan belot disaat akhir.

“Namun perletakkan jawatan tersebut hanya melibatkan kawasan parlimen sahaja” ujarnya kepada SuaraTV.

Menurut sumber tersebut bagi jawatan ADUN Perlabuhan Klang, Abdul Khalid perlu mengadap Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Setakat ini hanya jawatan beliau sebagai ahli parlimen Bandar Tun Razak selain daripada itu saya tidak pasti.

“Mungkin Tan Sri ingin selesaikan isu Selangor dahulu dan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan perkenan Tuanku” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan hasil perjumpaan awal dengan kepimpinan PAS sebelum ini, Khalid yakin dapat terus mentadbir kerajaan negeri.

“Dengan sokongan yang diberikan oleh Presiden PAS, Musyidul Am dan sokongan Majlis Ulama PAS, Tan Sri yakin boleh terus berkhidmat sehingga habis penggal.

“Namun atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, sokonagan tersebut ditarik balik di saat akhir” ujarnya lagi.

Menurut sumber itu juga, ada baiknya semua pihak menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Khalid dalam masa terdekat ini.

Sekiranya Khalid meletakkan jawatan, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari.

Di dalam pilihanraya umum ke-12, Khalid berjaya mengekalkan kemenangan kerusi PKR di Bandar Tun Razak dengan pertambahan undi 10,300 mengalahkan calon BN dari MCA, Datuk Tan Chai Ho dan dua calon Bebas dengan majoriti 2,515 undi.

Khalid memperolehi 28,123 undi berbanding 25,608 undi yang diperoleh oleh Chai Ho yang merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu pada masa itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.