Kereta Perisai ATM Terbalik, Dua Anggota Maut

Sandakan – Dua anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik di Simpang 3, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, dua mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Empat lagi anggota yang cedera dan dirawat di Hospital Duchess of Kent, di sini dikenali sebagai Mohd. Faizal Ahmad, 29; Mohd. Amaruddin Che Soh, 29; Mohamad Haffez Khairudin, 24 dan Ifaiznor Ismail, 23.

Timbalan Ketua Polis Sandakan, Superintendent Fadzil Mohd. Ali berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta perisai tentera yang dipandu Mohd. Faizal dalam perjalanan dari Kampung Sungai Tiram menuju ke Kem Sri Kinabatangan di Batu 7, dekat sini.

Katanya, jarak antara lokasi kejadian dengan Kem Sri Kinabantangan adalah kira-kira 20 kilometer.

Beliau berkata, empat anggota yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Fadzil berkata siasatan awal polis mendapat kemalangan berlaku selepas kereta perisai yang dipandu Mohd Faizal dalam perjalanan dari Kampung Sungai Tiram ke Kem Sri Kinabatangan. 

Katanya setibanya di tempat kejadian, kereta perisai itu hilang kawalan lalu terbalik.

Sebelum itu, mereka melakukan rondaan keselamatan di Teluk Labuk.

Anggota tentera berkenaan dari RAMD ke-12 Kuantan, bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka, esok.

 

 

kereta perisai terbalik 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Berikut adalah laporan ringkas berhubung kemalangan tersebut:

 

1) Kenderaan Terlibat : 1x MIFV (ZB 3816).

2) Lokasi insiden : Simpang 3 Kg Sg Tiram, Labuk Bay.

3) Anggota terlibat kemalangan:

Meninggal dunia di tempat kejadian –
a) 1125187 Sjn Mohd Hanif bin Patahurrahim
b) 1169936 Pbt Ahmad Fikri bin Mansor.

4) Tujuan ronda : Ronda berkenderaan KJA MIFV.

5) Masa kejadian : 1145H

6) Tahap kecederaan dan kerosakan : 4 x anggota cedera ringan.

7) Laluan ronda yang digunakan : Kem Sri Kinabatangan – Fajar – Jalan Labuk – Sepilok – Labuk Bay – Kem Sri Kinabatangan.

8) Ringkasan : Pada jam 0800, ronda berkenderaan KTJ Sandakan berkekuatan seramai 1 + 15 LLP dan 2 x IFV 12.7mm (ZB 3816 dan ZB 3823) keluar ronda seperti yang telah dijadualkan. Kejadian berlaku di Simpang 3 Kg Sg Tiram, 6 km dari Labuk Bay pada jam 1145H. Kenderaan yang terlibat adalah 1 x MIFV ZB 3816 dipercayai pemandu hilang kawalan ketika b di kawasan selekoh tajam. Laju kenderaan pada masa kejadian adalah 40 KM/J. 4 x anggota cedera ringan dan 2 x anggota meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.